Tukar Nombor Telefon Tabung Haji Secara Online

 Assalamualaikum

Tetiba teringat nak cek details Tabung Haji aku. Macam biasa login tapi tetiba dia kata ada masalah dan suruh tukar password. Ok, kita try test tukar.

Ah sudah, nak tukar password kena hantar TAC kat nombor telefon yang didaftarkan. Rupanya akaun aku dulu daftar nombor telefon ayah aku. Boleh je call ayah tapi terfikir nanti lain-lain kali kalau jadi macam ni lagi, leceh la. Baik tukar siap-siap nombor telefon.

Nak pergi cawangan Tabung Haji malas pula, musim Covid ni (alasan je ni, "rajin" nak keluar rumah :P)

Rupa-rupanya tak payah pergi cawangan, ikut email pun boleh. Excited kita.



Klik sini untuk ke laman Tabung Haji dan tengok secara lanjut syarat-syaratnya.




FLOW PROSES TUKAR NOMBOR

1.55pm - Hantar email dan lampirkan dokumen yang dinyatakan pada laman web Tabung Haji

3.46pm - Orang TH call untuk pengesahan identiti. Terkejut mula-mula, ingatkan scammer/telemarketer insurans. Dia suruh jawab soalan untuk buktikan kita pemilik akaun tu. Aku tak ingat tarikh transaksi terakhir akaun, jadi pengesahan gagal. Pegawai di telefon tu suruh aku semak dan telefon semula. Kalau tak berjaya nanti kena pergi cawangan TH

4.22pm - Call semula TH. Pengesahan berjaya. Pegawai nya kata dalam masa 2 hari bekerja gitu dijangka berjaya tukar nombor telefon

6.13pm - Dapat email kata dah siap proses tukar. Yay, alhamdulillah! Tak expect pun secepat ni, lagi pula hantar email tu hari Jumaat. 

Terbaik la Tabung Haji Contact Center. Dalam email tu ada maklum balas Tahap Kepuasan Pelanggan. 

Biasanya maklum balas tu akan beri kesan kat KPI pegawai khidmat pelanggan yang layan kita tadi (tempat aku kerja gitulah, taktau la THCC macam mana kan)

Jangan risau, memang aku bagi rating terbaik punya. Terima kasih.

Siapa yang terbaca post ni harap jangan risau nak gunakan servis tukar nombor telefon Tabung Haji ni yang sangat la memudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

List Barang ke Jepun

Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Pecutan akhir Tahun 1 RPKJ Batch 32