Posts

Showing posts from November, 2021

Perbaharui Lesen P ke CDL di JPJ UTC Pudu PKP 2021

   Lesen P dah tamat bulan 8 haritu lagi tapi tak sempat perbaharui. Dengar kata sebab PKP kena buat temujanji la pula, malas rasanya. Lagipun belum ada keperluan nak memandu. Cumanya lesen P dalam masa 1 tahun lepas tamat tu, kena tukar lesen biasa.  Kalau tak akan mati dan perlu ambil lesen semula dari awal. Akhirnya bulan 11. Sebelum pergi, call JPJ UTC Pudu nak tanya pasal temujanji,  "Tak payah, boleh walk in je," kata pegawai yang angkat call. Yosh! Jadi aku pun pergi lah hari Isnin, 8 November 2021. Hari pertama bekerja sure ramai orang tapi pergi je la.  Seperti dijangka beratur panjang sampai pintu masuk. Nombor pun adik guard tolong ambil dan bagi, kita tak payah masuk dalam.  Tapi tak lama sangat, total beratur, siap semua dapat lesen di tangan dalam masa 45 minit.  Mungkin yang jadi nampak panjang tu sebab jaga jarak dalam dan luar masa beratur.  Benda yang perlu: - Lesen P - IC  - Kad debit Gambar tak perlu sebab aku pakai gambar lesen P balik. Lagipun dia tanya