Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Assalamualaikum.

Sebenarnya pikir dua tiga juta kali infinity gak nak tulis entry ni. Maklumlah aku pun sekarang baru pelajar tahun pertama dan tak banyak pengalaman lagi di Jepun ni. Tapi berdasarkan apa yang aku rasa dan perkongsian daripada guru-guru, rakan-rakan dan senior yang lain, hatiku merasa meronta-ronta dan terkinja-kinja untuk menulis entri tak seberapa ini.


1. Kawasan

Iklim
- Sebagai contoh, kalau kau tahu diri kau tu tak tahan sejuk (macam aku) jangan la pergi ekstrim sangat pi apply universiti kat area Hokkaido, memang seksa lah.

Bandar atau kampung?
- Ada antara kita yang kalau stres mesti hujung minggu nak berjalan jalan jimba jimbu bersama-sama rakan sebaya yang lain kan? Golongan sebegini mungkin elok pilih univ area bandar. Tokyo ke Nagoya ke Yokohama ke. Kat kampung (macam tempat aku sekarang, Yamanashi) kau nak berjalan-jalan transport mungkin payah sikit.  Contoh nak beli barang dapur ke. Kena pakai kereta. Nak kereta kenalah beli. (Pastikan ada lesen yang sah bla bla Jepun ni payah sikit rule pasal lesen ni kita cerita lain masa.) Boleh je kot kalau rajin nak naik beskal, boleh lah mendapatkan bentuk tubuh badan ideal yang diidamkan.

Kalau aku, kehidupan kampung Yamanashi ni setakat ni alhamdulillah cukup menyenangkan. Mungkin best jugak sebab bila kampung, kawasan keliling ramailah makcik-makcik pakcik-pakcik yang suka bersiar-siar waktu petang dan pagi dan malam(?) <-- ni kena hati-hati gak kalau selalu sangat jumpa haha.
Kalau yang baik, diorang rajin senyum, aisatsu, ajak borak. Tapi kalau kena yang syaiton, tak pepasal dimarahnya kita hanya sebab kita gaijin(orang luar)! (nasib badan)


2. Komuniti

Aku tak suka sengsorang. Sebab kalau aku sorang, aku cenderung untuk murung(?). Jadi sebab tu aku cari tempat yang ada senior atau member yang apply sekali. Tapi ada je member yang seronok hidup sorang, boleh berdikari. Boleh tambah raaaaamaaaiii kawan Jepun. Tapi aku tak lah kot haha ini korang yang kenal diri sendiri memasingkan, nilai diri betul-betul! ;)

Tapi komuniti pun komuniti jugak, tapi jangan sampai duk bergumpal berkelompok sesama Malaysia je lah kan, berhubung dengan "dunia luar" juga lol.


3. Kos

Ni paling penting sebenarnya. 4 tahun kau nak belajar pasal menatang ni tau. Sekarang ni aku perati pesen main "Saya pilih kos ni sebab saya tak suka Matematik dan kos ni macam tak banyak Matematik je huhuhu" amat berleluasa. Pilih sebab takda banyak kaitan dengan subjek yang kita tak berkenan time persediaan (ex AAJ, IBT etc). Kenapa aku kata berleluasa? Kerana aku juga salah seorang daripada yang mempraktikkan kaedah ini.. hahahaha.

Hmm.. Bukan nak kata apa, selain daripada alasan ini sahaja, cuba cari satu lagi alasan positive yang dipunyai kos tersebut. Paham tak apa aku cuba sampaikan ni? Okay, berdasarkan contoh di atas tadi, kita tambah contoh baru.
Lebih kurang beginilah "Kos saya ni banyak melibatkan Kimia jadi kerana saya sangat menyukai Kimia tetapi tidak begitu sukakan Matematik jadi saya rasa kos ini amat sesuai untuk saya! huhuhu." Contohnya. Yknow, sematkan positivity tu (eleh cakap pandai kau ni Pencinta Makanan XD)

Availability kos yang ingin dipohon tersebut di Malaysia
- Aku ada terbaca tweet seorang senpai ni yang mengatakan Architecture Engineering kat Jepun kalau balik Malaysia payah sikit pasai banyak benda tak boleh apply kat Malaysia. Bukan kos ni je, aku dengar ada beberapa kos lagi yang ada isu macam ini. Ikut lah kalau kau memang aim nak kerja kat Jepun ke apa kan tak dak masalah kot tapi kalau nak balik kerja kat Malaysia baik fikir sepuluh tiga juta infinity kali lah.


4. Senpai kos dan kakomon

Kalau ada senpai yang sama kos dengan kau nak ambik tu memang syiok, kot la dia pemurah nak kasi buku ke past year papers ke. Tapi jangan berharap sangat sebab tak mustahil syllabus tahun kau dengan dia tetiba berubah. Tak mustahil. Alhamdulillah sensei gakka aku banyak yang kasi kakomon, ada yang kalau lagi baik siap bagi skema jawapan. Tapi haritu sensei Fizik merangkap sensei Statistik kitorang kata dia tak ingat mana link kakomon so suruh kitorang cari sendiri. (taktau la dia sengaja ke apa hm cam ayashii haha) Sedih gak rasa tapi baru-baru ni sebab ramai sangat orang mengadu kat dia gamaknya, dia carik dan tepek link kakomon nya kat CNS. (CNS ni macam keijiban online for Yamanashi University). Rasa nak meloncat-loncat kegirangan kesyukuran keayuan (?)

5. Kampus

Aku ada jugak dengar cerita member yang kampusnya time first year kat lain tapi time second year berpindah ke tempat lain pula. Aku tak suka macam tu sebab rasa macam mendokusai (that's why aku seboleh elak apply dai seumpama itu masa mohon dulu). Ni aku bukan nak menghasut ke apa, up to your own preferences lah. Dah kalau berkenan kat universiti tu dan memang tak kisah kampus asing-asing ke apa ke ikut la.

Lagi satu nak cerita pasal pengangkutan dari kampus ke kediaman. Mungkin elok kiranya konfirmkan betul-betul adakah perjalanan ulang-alik yang anda harus tempuhi merupakan perjalanan yang amat memeritkan atau tidak.. Paling tidak pun kalau dah tahu lebih awal (semasa proses apply daigaku lagi), takdalah terkejut beruk sangat bila dah sampai sana dan merasai pahit manis maung masin masam kehidupan di situ. Bak kata orang Jepun, apa tu, "Kokoro junbi"?

.............................................................................................


Sementara ada masa ni tanya betul-betul sensei dan senpai. Tapi harus diingat, bila tanya kepada manusia, tak semestinya jawapan yang kita dapat tu mutakhir lagi tepat. Tak mustahil juga maklumat tersebut berat sebelah (sama ada secara sengaja atau tanpa sengaja). Yelah contoh kau tanya aku best tak duduk Yamanashi ni, aku katalah best sebab aku suka je duduk kampung macam ni. Rupa-rupanya kau jenis yang tak suka terperap macam aku di kampung Yamanashi yang aman harmoni ini. Manalah aku tahu mihmihmih.


Jangan lupa doa banyak-banyak pada Allah, mintak petunjuk dan paling penting agar hati kita ni redha dengan keputusan yang Allah tetapkan. Maybe tak dapat first kibou dai(universiti yang diingini), tak dapat kos yang dihajati, dapat kos yang dipohon tapi ternyata semuanya indah khabar dari rupa saja dan sebagainya. (hm alim jap di akhir entri ni, bear with mi gais).

Sorry jika ada kesalahan maklumat, terguris rasa sesiapa ke. Kalau ada pembetulan sila maklumkan di ruang komen insya Allah aku respon dan bertindak (walaupun mungkin lambat wee)

Good luck semua!


Lusa start final exam, doakan kitorang ! ;)

Nah Bang Nabil lanje sikit gambo dari Yamanashi. Tempatnya tak ingat katne tapi rasa ni mungkin time first Hanami dulu kot wiwiwi

Comments

  1. Replies
    1. Saya muda remaja lagi awakkkk la senpai :p

      Delete
  2. Begitu asyik den baco. Tp apo pokataan jopun bolen ni, kita tk paham :( Takde translator ke? Haha

    ReplyDelete
  3. Seghupa mcm senpai kos awok dlu. Rasa macam dia penah share juga entry ni kt blog dia hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

List Barang ke Jepun

Pecutan akhir Tahun 1 RPKJ Batch 32