Posts

Showing posts from 2016

List Barang ke Jepun

Assalamualaikum. Kepada kohai-kohai yang tak lama lagi nak datang Jepun tu kan, mesti sekarang macam-macam soalan yang bermain di minda gittew kan? Salah satunya mesti nak bawak apa gi sana? Maka izinkanlah hamba menjawab soalan ini melalui entri blog yang tak seberapa ini. Ni pun aku ada rujuk senpai-senpai dan kengkawan, ada yang aku tokok tambah sendiri mengikut hawa nafsu . Jadi pikir-pikirkan selamat beramal huhu. Dokumen Surat tawaran IC Kad bank. CIMB etc. Aktifkan dulu international setting ke pabenda tu kat Malaysia siap-siap supaya boleh cucuk ATM Jepun. Tapi tak semua ATM la, certain je dan kena caj dalam RM10 gitu, kalu tak silap. Gambar paspot. Aku rasa takdala banyak no gunanya cuma awal-awal tu untuk isi borang, pastu time nak mohon baito ke. Tapi ada je macam booth kat tepi-tepi jalan ke kat konbini ke daigaku ke untuk ambik gambar paspot. Fotostat paspot and IC parents. Ni taktau la asal time kitorang nak buat phone, orang Docomo tu banyak lak cekadaknya

Benda Pelik

Image
Asslamualaikum, Tak adalah pelik manapun senanya, cuma nak kongsikan sepanjang hampir setahun aku kat Jepun ni, benda-benda pelik ataupun taklah pelik mana tapi merupakan pertama kali dalam seumur hidup aku yang aku dah buat kat Jepun ni. Panjat gunung 15 Ogos 2015 - Aku bukan pernah pun join hiking padia semua ni; malahan tak berapa berkenan pun buat aktiviti-aktiviti lasak tapi Alhamdulillah dengan izin-Nya aku berjaya tawan puncak Gunung Fuji yang merupakan gunung tertinggi di Jepun. Kitorang pi reramai time cuti musim panas. Berbaloi ke tak, mungkin bergantung pada orang, tapi bagi aku, cukuplah pengalaman sekali seumur hidup aku buat kerja-kerja camni haha. View kat atas tu alhamdulillah memang mesmerizing la. Cam rasa ada dikelilingi cekelat kapas gittew. Pemandangan dari atas Gunung Fuji Ni tak silap gambar masa nak turun Dia nak naik tu dah satu hal, kau nak turun tu pulak lagi satu hal punya cerita dah haha. Aku rasa nak tercabut lutut la masa turun tu. R