Posts

Showing posts from 2018

Pelajar Emas

Assalamualaikum, Baru-baru ini aku terbaca satu confession di IIUM Confession, mengenai seorang pelajar yang menggelarkan dirinya pelajar yang tekun tetapi sering mencapai keputusan biasa-biasa dalam peperiksaan berkala. Tapi alhamdulillah bila tiba peperiksaan awam, dia berjaya mendapat keputusan yang membanggakan; seiring dengan top students yang lain. Apa yang membuat aku tertarik apabila baca confession ni ialah bila mana confessor mengatakan bahawa terdapat double standard dalam sistem di sekolah. Contohnya, kelas tambahan insentif drill diberikan kepada top students. Padahal kalau mengikut logik, mereka kan sudah pandai, mengapa fokus kepada mereka sahaja? Tidak termasuk lagi kelebihan-kelebihan lain yang hanya berat sebelah kepada "pelajar emas". Aku jadi terimbau kembali kenangan sewaktu bersekolah. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah lower form, alhamdulillah aku antara pelajar top di sekolah. Tidak pernah terkeluar daripada top 3. I always got away