Posts

Showing posts from July, 2015

Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Image
Assalamualaikum. Sebenarnya pikir dua tiga juta kali infinity gak nak tulis entry ni. Maklumlah aku pun sekarang baru pelajar tahun pertama dan tak banyak pengalaman lagi di Jepun ni. Tapi berdasarkan apa yang aku rasa dan perkongsian daripada guru-guru, rakan-rakan dan senior yang lain, hatiku merasa meronta-ronta dan terkinja-kinja untuk menulis entri tak seberapa ini. 1. Kawasan Iklim - Sebagai contoh, kalau kau tahu diri kau tu tak tahan sejuk (macam aku) jangan la pergi ekstrim sangat pi apply universiti kat area Hokkaido, memang seksa lah. Bandar atau kampung? - Ada antara kita yang kalau stres mesti hujung minggu nak berjalan jalan jimba jimbu bersama-sama rakan sebaya yang lain kan? Golongan sebegini mungkin elok pilih univ area bandar. Tokyo ke Nagoya ke Yokohama ke. Kat kampung (macam tempat aku sekarang, Yamanashi) kau nak berjalan-jalan transport mungkin payah sikit.  Contoh nak beli barang dapur ke. Kena pakai kereta. Nak kereta kenalah beli. (Pastikan ada les