Posts

Showing posts with the label Japan Related

Pelajar Emas

Assalamualaikum, Baru-baru ini aku terbaca satu confession di IIUM Confession, mengenai seorang pelajar yang menggelarkan dirinya pelajar yang tekun tetapi sering mencapai keputusan biasa-biasa dalam peperiksaan berkala. Tapi alhamdulillah bila tiba peperiksaan awam, dia berjaya mendapat keputusan yang membanggakan; seiring dengan top students yang lain. Apa yang membuat aku tertarik apabila baca confession ni ialah bila mana confessor mengatakan bahawa terdapat double standard dalam sistem di sekolah. Contohnya, kelas tambahan insentif drill diberikan kepada top students. Padahal kalau mengikut logik, mereka kan sudah pandai, mengapa fokus kepada mereka sahaja? Tidak termasuk lagi kelebihan-kelebihan lain yang hanya berat sebelah kepada "pelajar emas". Aku jadi terimbau kembali kenangan sewaktu bersekolah. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah lower form, alhamdulillah aku antara pelajar top di sekolah. Tidak pernah terkeluar daripada top 3. I always got away

Cry Baby

Assalamualaikum, Macam biasa lah, menangis je kerja. Serabut banyak benda nak kejar deadline. Makin lama makin rasa diri aku memang tak sesuai belajar course ni. Tolonglah Ya Allah, kasi aku(as well as my friends too) untuk grad. Tak sanggup nak bayangkan kalau kena tanggung hutang sebab tak habis, lain lah kalau keluarga kaya. Kalau aku je yang kena maybe still ok, tapi kalau family pun terkena tempias dia, peh kenot go. Maybe this whole I-wanna-study-engineering-in-Japan plan was not a good idea  at all from the beginning. Untuk orang yang kuat sesuai lah, aku mental koyak kot, tak padan. Membazir duit rakyat (Sori rakyat Malaysia) Biasalah, semua orang pun menangis kan; dalam diam atau secara terang-terangan. Lagi lama aku belajar course ni boleh gila rasanya haha so cepatlah habissss.. Biggest lesson I've learnt in my life, sebelum kita sign sesuatu kontrak tu fikir masak-masak, bukan fikir nak seronok je. (Reminiscing the day I signed the agreement contract to further st

Pagi 7 Mac 2017

Image
Assalamualaikum, Tetiba pagi ni rasa nak tulis blog. Pandangan bila tengok kiri jendela. Alhamdulillah, suka sangat dengan rumah sewa sekarang. Selalu pagi-pagi dapat rasa sinaran mentari yang syiok banget! Ni ialah anak-anak aku. Tapi ada yang aku nak jual, kalau ada berminat sila pm ^^ Maaf la guna duit rakyat untuk "membazir", tapi ni kebanyakannya secondhand, malah ada yang dapat free daripada member yang dapat daripada senior. Motif sangat, tapi nak juga merasa anak-anak aku interframe dalam blog ni. Have a nice day every one!

Benda Pelik

Image
Asslamualaikum, Tak adalah pelik manapun senanya, cuma nak kongsikan sepanjang hampir setahun aku kat Jepun ni, benda-benda pelik ataupun taklah pelik mana tapi merupakan pertama kali dalam seumur hidup aku yang aku dah buat kat Jepun ni. Panjat gunung 15 Ogos 2015 - Aku bukan pernah pun join hiking padia semua ni; malahan tak berapa berkenan pun buat aktiviti-aktiviti lasak tapi Alhamdulillah dengan izin-Nya aku berjaya tawan puncak Gunung Fuji yang merupakan gunung tertinggi di Jepun. Kitorang pi reramai time cuti musim panas. Berbaloi ke tak, mungkin bergantung pada orang, tapi bagi aku, cukuplah pengalaman sekali seumur hidup aku buat kerja-kerja camni haha. View kat atas tu alhamdulillah memang mesmerizing la. Cam rasa ada dikelilingi cekelat kapas gittew. Pemandangan dari atas Gunung Fuji Ni tak silap gambar masa nak turun Dia nak naik tu dah satu hal, kau nak turun tu pulak lagi satu hal punya cerita dah haha. Aku rasa nak tercabut lutut la masa turun tu. R

Sebab Kenapa Anda TAKNAK Masuk RPKJ

Image
Assalamualaikum. Pos ni aku tujukan khas untuk sesiapa sama ada diri sendiri atau adik beradik, sanak saudaranya yang ada niat nak mohon RPKJ, ataupun mendapat tawaran ke sana dan merasa ragu-ragu sama ada hendak menerimanya atau tidak. RPKJ ni singkatan kepada Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun, di mana kita akan belajar selama 2 tahun di Ambang Asuhan Jepun, AAJ sebelum terbang ke universiti di Jepun untuk menyambung degree. Jadi.... Sebagai bekas pelajar RPKJ, aku senaraikan sebab kenapa korang TAKNAK masuk RPKJ. 1.   TAKNAK dapat biasiswa JPA "Aku tak sanggup nak makan  duit rakyat!" "Aku taktau la boleh guna dengan amanahnya ke tak duit rakyat ni" #acahsat 2.   TAKNAK jauh dari keluarga Contohnya aku, asal Pahang, Balik dua tiga bulan sekali je. Dapat pulak kakak usrah dan membe (dorg ni dah macam family kat sini) yang suka bagi makanan, Habis bambam! Musnah plan diet. Lagipun lepas masuk RPKJ nanti kalau ada reze

Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Image
Assalamualaikum. Sebenarnya pikir dua tiga juta kali infinity gak nak tulis entry ni. Maklumlah aku pun sekarang baru pelajar tahun pertama dan tak banyak pengalaman lagi di Jepun ni. Tapi berdasarkan apa yang aku rasa dan perkongsian daripada guru-guru, rakan-rakan dan senior yang lain, hatiku merasa meronta-ronta dan terkinja-kinja untuk menulis entri tak seberapa ini. 1. Kawasan Iklim - Sebagai contoh, kalau kau tahu diri kau tu tak tahan sejuk (macam aku) jangan la pergi ekstrim sangat pi apply universiti kat area Hokkaido, memang seksa lah. Bandar atau kampung? - Ada antara kita yang kalau stres mesti hujung minggu nak berjalan jalan jimba jimbu bersama-sama rakan sebaya yang lain kan? Golongan sebegini mungkin elok pilih univ area bandar. Tokyo ke Nagoya ke Yokohama ke. Kat kampung (macam tempat aku sekarang, Yamanashi) kau nak berjalan-jalan transport mungkin payah sikit.  Contoh nak beli barang dapur ke. Kena pakai kereta. Nak kereta kenalah beli. (Pastikan ada les

合宿 (がっしゆく) di 愛宕山 (あたごやま)

Assalamualaikum, Semalam tamatlah pengalaman pertama pi ala-ala camp kat Jepun. Sekali dgn dak-dak satu kos, komputer sains. Paling terharu time alarm subuh bunyik member kejut, pastu kata "okite okite, oinori shite.." Maksudnya "bangun bangun, pi semayang.." Pastu dorg kan standard telanjang bulat bujur empat segi ramai-ramai time masuk ofuro, tapi dorg mandi cepat-cepat before lights off supaya lepas tu aku boleh berendam sengsorang dalam tu tanpa 'ditengok mahupun menengok'. Pastu lunch, duk masak kari babi in groups, tapi aku diasingkan dengan group fasilitator (senior + cikgu), so dorg buatkan tumis cam sup sayur untuk aku, lepas aku dah ambik bahagian aku baru dorg tambah babi and rempah2 lain. Ninomiya-senpai baik gila duk layan ja aku borak dgn nihongo yg tak berapa difahami ni. Sobs Banyak lagi la.. Toleransi diorang terhadap agama memang mengkagumkan. Tapi sepanjang yang aku tanya ni ada yg kata "Saya rasa ia merupakan perkara yg

Pecutan akhir Tahun 1 RPKJ Batch 32

Image
Assalamulaikum, Okaayyy, this week's gonna be hectic. Seriously. Isnin ada Kanji Test, Selasa ada Kimia, Rabu pulak ada Fukushuu Tesuto. Math punya test taktau hari apa. Hm, not to forget oral English, yang mana setelah dicabut undi maka dgn gilang gemilangnya aku terpilih sebagai first presenter. English gua dahlah berkararararattt sejak masuk AAJ ni T____T *dah nak salahkan AAJ pulak. pape tah lalala~* May Allah ease everyone of us. Cuak gak tak berapa lama agi je ni nak exam final tahun pertama. Cerita dia senang je kalau tak lepas exam ni say bubye ah kat AAJ. Pastu kena ulangggggg balik asasi, noooooo nauzubillahiminzalik. Semoga kami semua berjaya hendaknya, insya Allah. Mohon didoakan :D Pastu, haritu ada senpai batch 30, kak Iman, datang AAJ. Dia belajar kat Yamanashi Daigaku. Aku macam berminat je nak mohon situ, insya Allah kalau ada rezeki. Sebab dia macam tak bandar sangat tapi dekat dengan Tokyo, lebih kurang dua ke tiga jam rasanya. Aku suka tempat yang maca