Perbaharui Lesen P ke CDL di JPJ UTC Pudu PKP 2021

  


Lesen P dah tamat bulan 8 haritu lagi tapi tak sempat perbaharui. Dengar kata sebab PKP kena buat temujanji la pula, malas rasanya. Lagipun belum ada keperluan nak memandu. Cumanya lesen P dalam masa 1 tahun lepas tamat tu, kena tukar lesen biasa. 

Kalau tak akan mati dan perlu ambil lesen semula dari awal.


Akhirnya bulan 11. Sebelum pergi, call JPJ UTC Pudu nak tanya pasal temujanji, 

"Tak payah, boleh walk in je," kata pegawai yang angkat call. Yosh!


Jadi aku pun pergi lah hari Isnin, 8 November 2021. Hari pertama bekerja sure ramai orang tapi pergi je la. 


Seperti dijangka beratur panjang sampai pintu masuk. Nombor pun adik guard tolong ambil dan bagi, kita tak payah masuk dalam. 



Tapi tak lama sangat, total beratur, siap semua dapat lesen di tangan dalam masa 45 minit. 

Mungkin yang jadi nampak panjang tu sebab jaga jarak dalam dan luar masa beratur. 


Benda yang perlu:

- Lesen P

- IC 

- Kad debit


Gambar tak perlu sebab aku pakai gambar lesen P balik. Lagipun dia tanya nak pakai gambar IC ke gambar lesen P je. Taktau la boleh ke tak kalau nak tukar gambar baru selain tu.


Maaf la kalau benda ni dah lama dan aku baru tau, tapi teruja tengok kat kaunter boleh bayar pakai kad debit je. No cash! Beriya den keluarkan cash sebelum tu haha. Agaknya nak elakkan rasuah kot. 


ps:/

masa pergi Pudu Sentral tu naik public transport, baru tau yang MRT Merdeka bersambung dengan LRT Plaza Rakyat. Malas nak tukar kat Masjid Jamek, jadi aku turun kat MRT Merdeka. Dari situ ada laluan dalam bangunan nak ke LRT Plaza Rakyat. Dari Plaza Rakyat jalan kaki lebih dekat nak ke Pudu Sentral. 


Comments

Popular posts from this blog

List Barang ke Jepun

Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Pecutan akhir Tahun 1 RPKJ Batch 32