Pelajar Emas

Assalamualaikum,

Baru-baru ini aku terbaca satu confession di IIUM Confession, mengenai seorang pelajar yang menggelarkan dirinya pelajar yang tekun tetapi sering mencapai keputusan biasa-biasa dalam peperiksaan berkala. Tapi alhamdulillah bila tiba peperiksaan awam, dia berjaya mendapat keputusan yang membanggakan; seiring dengan top students yang lain. Apa yang membuat aku tertarik apabila baca confession ni ialah bila mana confessor mengatakan bahawa terdapat double standard dalam sistem di sekolah. Contohnya, kelas tambahan insentif drill diberikan kepada top students. Padahal kalau mengikut logik, mereka kan sudah pandai, mengapa fokus kepada mereka sahaja? Tidak termasuk lagi kelebihan-kelebihan lain yang hanya berat sebelah kepada "pelajar emas".


Aku jadi terimbau kembali kenangan sewaktu bersekolah. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah lower form, alhamdulillah aku antara pelajar top di sekolah. Tidak pernah terkeluar daripada top 3. I always got away with my bare minimum effort (at that time).

Perkara ini antara yang membuatkan aku menjadi seperti sekarang. Tidak kuat daya saing dan mental. Terbiasa di atas; justeru pabila sekali terjatuh, agak sukar untuk bangkit kembali. Aku percaya yang tidak sedikit pelajar yang dahulunya "pelajar cemerlang" tetapi berakhir dengan tragedi. Kami biasa "disanjung-sanjung". Bukanlah aku mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, sekadar mahu muhasabah akan kekhilafan diri ini.

Tapi semakin aku masuk ke Sekolah Sains, Persediaan Fast Track, Pusat Persediaan ke Jepun dan sekarang; Jepun, semakin aku sedar bahawa aku sekadar jaguh kampung. Terima kasih Allah atas pengalaman ini.

Kerana itu aku suka sekali jika sistem mengagungkan ranking di sekolah ini dihapuskan. Hilangkan lah double standard di antara pelajar. Aku tidak mahu lebih ramai "anak emas" yang akhirnya "berkarat" seperti ku bertambah lagi....

I just hope that I can survive all these $W%$^&*Q#.

Comments

Popular posts from this blog

List Barang ke Jepun

Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Pecutan akhir Tahun 1 RPKJ Batch 32