Benda Pelik

Asslamualaikum,


Tak adalah pelik manapun senanya, cuma nak kongsikan sepanjang hampir setahun aku kat Jepun ni, benda-benda pelik ataupun taklah pelik mana tapi merupakan pertama kali dalam seumur hidup aku yang aku dah buat kat Jepun ni.


Panjat gunung 15 Ogos 2015
- Aku bukan pernah pun join hiking padia semua ni; malahan tak berapa berkenan pun buat aktiviti-aktiviti lasak tapi Alhamdulillah dengan izin-Nya aku berjaya tawan puncak Gunung Fuji yang merupakan gunung tertinggi di Jepun. Kitorang pi reramai time cuti musim panas. Berbaloi ke tak, mungkin bergantung pada orang, tapi bagi aku, cukuplah pengalaman sekali seumur hidup aku buat kerja-kerja camni haha. View kat atas tu alhamdulillah memang mesmerizing la. Cam rasa ada dikelilingi cekelat kapas gittew.


Pemandangan dari atas Gunung Fuji
Ni tak silap gambar masa nak turun
Dia nak naik tu dah satu hal, kau nak turun tu pulak lagi satu hal punya cerita dah haha. Aku rasa nak tercabut lutut la masa turun tu.

Roller coaster 24 Ogos 2015
- Seingat aku, aku tak pernah pergi theme park kat Malaysia. Jadi, tak heranlah kalau tak pernah naik roller coaster sebelum ni. So, my first time was FujiQ Highland. Sebenarnya member tu tiga orang so kalau pi tiga orang cam tak best pulak sebab akan ada yang sorang sebab tu ajak aku kot haha nvm. Dengan dua orang senpai lelaki tolong drive. Kira "fourth-wheeler" lani kot tapi anyway it was fun. Ko bayangkan aku yang tak pernah-pernah lah naik bendalah camtu pastu gi naik pulak antara yang paling dahsyat iaitu satu tu yang apakenamanya Ee Janaika kot. Aku time naik tu memang tak keluar suara, tak jerit tak apa. Sebabnya terlampau takut bak hg hahahah. Nak beratur naik bendalah tu berejam la jugak, depa orang Jepun ni memang suka beratur lagi pun haha. Pehtu kitorang yang pakai tudung ni kena pakai baju hujan(macam jubah Harry Potter la kot lebih kurang. Aku syak depa takut tudung kami tercabut time naik ride tu kot lol). Tapinya, baju hujan yang depa sediakan tak cukup. "Peh, gua dah panas hati dah le tunggu beratur berejam lagi sikit lagi nak naik ngko jangan memacam dengan aku", ronta ku di dalam hati. Kebetulan nak jadi cerita, aku bawak baju hujan. So aku tanya boleh dak pakai baju hujan aku sendiri je? Depa macam ok dalam terpaksa, maka naik lah aku bersama-sama baju hujan 100yen ku~~ wee~~.


Ni lah antara gambo yang aku tangkap kat FujiQ tu hahaha


Snowboard 19-20 Disember 2015
- Aku dah kata aku tak berapa berkenan benda-benda lasak ni tapi ku gagahkan juga diri try main snowboard ni. Mula-mula masalah dia ialah nak berdiri atas natang tu. Lepas tu bila kau dah boleh berdiri dan meluncur, masalah dia ialah ngko kena tahu brake, kalu idok habis semua orang kau sodok. Bahaya. Serious. Ada kes yang meninggal sebab kena langgar dengan orang etc. Nauzubillahiminzalik. Sebab tu aku yang tak reti brake ni kalau nampak je orang depan aku cepat-cepat aku merebahkan pungkok ku ke atas salji. Meskipun sakitnya hanya Tuhan yang tahu (kalau kena kat tempat salji keras la, kalau salji lembut syok ja. Kot hahaha) Dahlah pergi masa tengah demam belum nak berapa kebah pastu tak pakai pulak pad yang kat punggung tu (dia cam ada seluar yang ada span jadinya bila punkoq tu jatuh tak la sakit sangat tapi aku tak gi beli.) Paling slack terhilangkan glove senpai huhuhuh. Cuak noks. Sori sangatsangat.


Ya, penampakan makhluk di situ

Sebilangan rakan-rakan se-Malaysia yang turut serta




Naik kereta polis 2015
- First time bak hg naik kereta polis. Dalam bulan puasa, time hampir nak berbuka. Adalah berlaku suatu tragedi.

Naik ambulans dan masuk hospital Jepun 2 Mac 2016
- Baru pagi tadi, dengan tutor kaikan, kitorang teman member pi sepital sebab dia sakit perut. Nak dekat pukul 5 gitu. Doktor-doktor dan staf dalam tu macam dalam drama je rupa haha (yang aku jumpa la). Pehtu kelako-kelako pulak. Membe yang tak berapa sihat ni kebetulan pagi 6 lebih gitu nak kena kejar bas sebab nak melancong gi Korea. Diorang kejar-kejar cepatkan prosedur sebab tak nak kawan tu terlepas bas. Lepas tu kitorang nak balik tu sambil gelak dia cakap "tanoshindekite!" (Have fun there!)


Alhamdulillah, setakat ni apa yang aku rasa benda yang tak pernah aku buat kat Malaysia tapi tetiba jadi gila nak buat/diberikan peluang nak buat kat Jepun ni dan rasa nak dikongsikan bersama-sama dengan anda dan anda dan anda sekalian hahaha. Nanti kalau tetiba aku ada teringat yang lain ke camna kan nanti aku update insya Allah. 






Comments

Popular posts from this blog

List Barang ke Jepun

Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Pecutan akhir Tahun 1 RPKJ Batch 32