Review iPhone 7 Plus dari Pengguna Tegar Android 2022

Review iPhone 7 Plus dari Pengguna Tegar Android 2022


Dapat peluang menggunakan iPhone 7 Plus second hand pada tahun 2022.

Kira my first iPhone experience la.


Tempoh guna: May - Okt (6 bulan)

7 Plus ni kira dinosaur dalam model iPhone, dilancarkan pada Oktober 2016.

Pada masa entry ni ditulis, iPhone 7 plus dah tak sokong update iOS terbaru iaitu iOS 16.


Untuk rujukan, antara smartphone Android yang pernah saya guna:

- Sony Xperia Z3

- AQUOS SHL23

- Vivo 1606

- Vivo 1904


Kebetulan dapat phone ni dari adik yang juga pengguna Android, baru berjinak cuba pakai iPhone. Malangnya susah biasakan diri dengan interfacenya lalu give up 😂


Faham perasaan beliau sebab saya pun pada mula tu makan masa untuk biasakan diri, terutamanya dengan ketiadaan butang back. iPhone siri baru butang home pun tak ada. Lagi haruu buat kami yang tak biasa ni 😂


iPhone 7 Plus
iPhone 7 Plus yang dicuba pakai


Di bawah saya senaraikan kelebihan dan keburukan iPhone 7 Plus yang saya rasakan berbanding pengalaman guna Android selama ni. Let's gooo


KELEBIHAN

  1. tak lag, rasa smooth bila bukak apps
  2. cantik bila upload story Instagram, tak pecah
  3. screenshot dari iPhone boleh pilih untuk tak save ke telefon (lepas screenshot boleh share dulu, then dari screen sama boleh tekan delete)
  4. senang pair dengan GoPro Quik
  5. kawan ramai pakai iPhone so boleh share/terima gambar lepas habis event guna AirDrop (AirDrop lebih laju dari pakai data send kat Whatsapp/Telegram)
  6. bila post Twitter ada tulis "Twitter from iPhone" (hahaha kelebihan ke ni?)



KELEMAHAN

  1. satu slot sim kad saja
  2. bateri tak tahan seharian. 2900 mAh. (mesti nak bawa powerbank bila keluar) *untuk rujukan Vivo 1906 baterinya 5000mAh
  3. susah nak transfer chat history Whatsapp, LINE (dari Android smartphone ke iPhone and vice versa)
  4. app ColorNote kesayangan saya tak ada dalam App Store, tak support iOS huhuhu so susah nak rujuk nota2 lama
  5. tak boleh pair Bluetooth dengan Android
  6. tiada fungsi split screen
  7. tak ada lubang headphone jack, kena beli adapter/wireless head/earphone


Akhirnya saya beli Vivo V2143 dan jadikan iPhone 7 plus sebagai backup jika perlu guna AirDrop untuk share gambar. Faktor paling utama yang saya tak dapat tahan adalah bateri nya yang cepat habis.


Sekian review tak berbayar dari saya.

Disclaimer: saya bukan pakar dalam smartphone jadi mungkin kelemahan yang disenaraikan di atas sebenarnya boleh diatasi dengan cara yang lebih bagus. 


Boleh tolong komen kalau ada apa-apa pendapat/cadangan/pembetulan


Thank youu





Comments

Popular posts from this blog

List Barang ke Jepun

Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Pecutan akhir Tahun 1 RPKJ Batch 32