Cry Baby

Assalamualaikum,

Macam biasa lah, menangis je kerja. Serabut banyak benda nak kejar deadline. Makin lama makin rasa diri aku memang tak sesuai belajar course ni. Tolonglah Ya Allah, kasi aku(as well as my friends too) untuk grad. Tak sanggup nak bayangkan kalau kena tanggung hutang sebab tak habis, lain lah kalau keluarga kaya. Kalau aku je yang kena maybe still ok, tapi kalau family pun terkena tempias dia, peh kenot go. Maybe this whole I-wanna-study-engineering-in-Japan plan was not a good idea  at all from the beginning. Untuk orang yang kuat sesuai lah, aku mental koyak kot, tak padan. Membazir duit rakyat (Sori rakyat Malaysia)


Biasalah, semua orang pun menangis kan; dalam diam atau secara terang-terangan. Lagi lama aku belajar course ni boleh gila rasanya haha so cepatlah habissss.. Biggest lesson I've learnt in my life, sebelum kita sign sesuatu kontrak tu fikir masak-masak, bukan fikir nak seronok je. (Reminiscing the day I signed the agreement contract to further study to Japan; how naive I was, most probably I was already imagining all the fun stuff in Japan. Can't recall precisely though. Too young too dumb to realize.)


Harini entah lah emo yang amat pastu rasa nak tulis je kat blog ni supaya suatu hari nanti aku akan baca balik dan fikir dalam-dalam setiap keputusan yang aku nak buat. Kebodohan diri sendiri bukan boleh jadi alasan untuk dunia "bermanis" dengan kita. We're living in a tough world yang mana kita tak boleh nak harapkan orang selalu akan tolong kita. Orang pun banyak lagi kerja lain selain daripada nak babysit kau. Paham tak Diyana?

Selalu gak terbayang yang kalau ada anyone happened to come across my rambling ni, maybe they will think, "Alah, orang kat Syria, Palestin, Rohingya tu lagi susah kot. Kau ni manja, lembik. Sikit pun nak mengeluh. Baru sikit ujian."

Well, I'm telling you beforehand, memang pun. 

Comments

  1. I feel the same too, sometimes..
    The feeling 'kenapa aku ambil kos ni.ya allah nak drop tapi tak boleh'.but gotta move on and finish what you have started in the best way!
    stay strong ��

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Thanks a lot for the comment!!! saya rasa ni akak so *hugssss* Thank you so much TTT.TTT May Allah bless you

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

List Barang ke Jepun

Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Pecutan akhir Tahun 1 RPKJ Batch 32