Posts

TOP 30 DASHCAM TERBAIK

Image
 [TOP 30 DASHCAM TERBAIK] Ternampak  Public Health Malaysia punya post pasal dashcam Link post asal: https://bit.ly/3E3iEkY Sambil usha dashcam tu alang-alang share link Shopee kat sini juga. Saya tengok sampai yang Top 20 je sebab bawah tu dah 3 stars huhu *Mungkin kat seller lain lagi murah tapi sebolehnya saya nak yang dari Official Store *Harga yang ditunjukkan adalah pada waktu post ni ditulis 5 Nov 2022 1. 70mai A800s 4K Dash Cam Built-in GPS  Dual Vision Rear Cam Global Version A800 ADAS 24 Hours Parking Monitor App Control RM504.00 - RM649.00. 2. 70mai A500s Dashcam Pro Plus+ Built-in GPS Car Recorder 1944P Dual Record A500 Night Vision ADAS Parking Mode App Access RM329.00 - RM469.00. 3. Thinkware U1000︱Front 4K UHD Rear 2K QHD︱64GB︱Best Parking Surveillance Dashcam︱WiFi︱GPS RM2,599.00. 4. 70mai M500 Dashcam Car Recorder 1944P Night Vision with ADAS 24 Hours Parking Mode Voice And App Control RM439.00 - RM799.00. 5. DDPAI X5 Pro Dash Cam 4K UHD Dual Cam Recorder WiFi DVR RM1,7

Review: Keyboard Wrist Set Ergonomic Mouse Support

Image
Review: Keyboard Wrist Set Ergonomic Mouse Support Assalamualaikum, Sejak bekerja dalam bidang mengadap komputer ni, antara item yang sangat berguna dan bersyukur beli adalah mouse pad ni. Thank you Alia-senpai suggestkan benda baik nii hee. Beli pada April 2021, sehingga harini Oktober 2022, saya gunakan mousepad ni setiap hari bekerja. Masih elok berbakti sampai sekarang. Sebelum beli mousepad ni, saya ada habit letak wrist kat meja, jadi akan sakit kat area situ. Menghadap berjam-jam sambil tekan wrist, tekan mouse. Ada masa merah wrist dibuatnya huhu. Based on website GAMETYRANT, dibawah ni 2 kelebihan guna mousepad yang ergonomic    "Ergonomic mousepads come equipped with a cushioned area where your wrist can rest while using a mouse. Consequently, you’ll not have to worry about your wrists rubbing against the desk surface. Additionally, it keeps your wrist elevated, taking some of the strain off your wrist while using your mouse. It is much more natural for your muscles to

Review iPhone 7 Plus dari Pengguna Tegar Android 2022

Image
Review iPhone 7 Plus dari Pengguna Tegar Android 2022 Dapat peluang menggunakan iPhone 7 Plus second hand pada tahun 2022. Kira my first iPhone experience la. Tempoh guna: May - Okt (6 bulan) 7 Plus ni kira dinosaur dalam model iPhone, dilancarkan pada Oktober 2016. Pada masa entry ni ditulis, iPhone 7 plus dah tak sokong update iOS terbaru iaitu iOS 16. Untuk rujukan, antara smartphone Android yang pernah saya guna: - Sony Xperia Z3 - AQUOS SHL23 - Vivo 1606 - Vivo 1904 Kebetulan dapat phone ni dari adik yang juga pengguna Android, baru berjinak cuba pakai iPhone. Malangnya susah biasakan diri dengan interfacenya lalu give up 😂 Faham perasaan beliau sebab saya pun pada mula tu makan masa untuk biasakan diri, terutamanya dengan ketiadaan butang back. iPhone siri baru butang home pun tak ada. Lagi haruu buat kami yang tak biasa ni 😂 iPhone 7 Plus yang dicuba pakai Di bawah saya senaraikan kelebihan dan keburukan iPhone 7 Plus yang saya rasakan berbanding pengalaman guna Android selam

Perbaharui Lesen P ke CDL di JPJ UTC Pudu PKP 2021

   Lesen P dah tamat bulan 8 haritu lagi tapi tak sempat perbaharui. Dengar kata sebab PKP kena buat temujanji la pula, malas rasanya. Lagipun belum ada keperluan nak memandu. Cumanya lesen P dalam masa 1 tahun lepas tamat tu, kena tukar lesen biasa.  Kalau tak akan mati dan perlu ambil lesen semula dari awal. Akhirnya bulan 11. Sebelum pergi, call JPJ UTC Pudu nak tanya pasal temujanji,  "Tak payah, boleh walk in je," kata pegawai yang angkat call. Yosh! Jadi aku pun pergi lah hari Isnin, 8 November 2021. Hari pertama bekerja sure ramai orang tapi pergi je la.  Seperti dijangka beratur panjang sampai pintu masuk. Nombor pun adik guard tolong ambil dan bagi, kita tak payah masuk dalam.  Tapi tak lama sangat, total beratur, siap semua dapat lesen di tangan dalam masa 45 minit.  Mungkin yang jadi nampak panjang tu sebab jaga jarak dalam dan luar masa beratur.  Benda yang perlu: - Lesen P - IC  - Kad debit Gambar tak perlu sebab aku pakai gambar lesen P balik. Lagipun dia tanya

Tukar Nombor Telefon Tabung Haji Secara Online

Image
 Assalamualaikum Tetiba teringat nak cek details Tabung Haji aku. Macam biasa login tapi tetiba dia kata ada masalah dan suruh tukar password. Ok, kita try test tukar. Ah sudah, nak tukar password kena hantar TAC kat nombor telefon yang didaftarkan. Rupanya akaun aku dulu daftar nombor telefon ayah aku. Boleh je call ayah tapi terfikir nanti lain-lain kali kalau jadi macam ni lagi, leceh la. Baik tukar siap-siap nombor telefon. Nak pergi cawangan Tabung Haji malas pula, musim Covid ni (alasan je ni, "rajin" nak keluar rumah :P) Rupa-rupanya tak payah pergi cawangan, ikut email pun boleh. Excited kita. Klik sini untuk ke laman Tabung Haji dan tengok secara lanjut syarat-syaratnya. FLOW PROSES TUKAR NOMBOR 1.55pm - Hantar email dan lampirkan dokumen yang dinyatakan pada laman web Tabung Haji 3.46pm - Orang TH call untuk pengesahan identiti. Terkejut mula-mula, ingatkan scammer/telemarketer insurans. Dia suruh jawab soalan untuk buktikan kita pemilik akaun tu. Aku tak ingat tar

Misoji - 三十路

Image
I was watching Yamada Yuuki (Japanese actor who played Doraken in Tokyo Avengers Live Action)'s interview and he said something about becoming 30 years old. Maybe old interview though, I'm not sure >.< Yamada Yuuki as Doraken In the video's caption, I saw this kanji -> 三十路 In my mind, I read the Kanji as "sanjyuuro" because 三十代 is read as "sanjyuudai" and didn't think much of it.  As I continue watching the video, I noticed that the Kanji was pronounced differently. It was read as "misoji". Wait!!! Explanation According to the post by  japanknowledge.com , "soji" is a word that uses 10 as a unit to count numbers. Nowadays it is used exclusively for counting age. Not only for 30 years old, "soji" is also used for 20, 40 years old etc as below example: 20: 二十路(ふたそじ)futasoji 30: 三十路(みそじ)misoji 40:  四十路(よそじ)yosoji 50: 五十路(いそじ)isoji 60: 六十路(むそじ)musoji 70: 七十路(ななそじ)nanasoji 80: 八十路(やそじ)yasoji 90: 九十路(ここのそじ)kokonosoji

Byelingual: Forgetting Words

Image
 Assalamualaikum, It's almost a year since I started working as a Customer Service Associate catering customers from Japan.  Basically my job is answering calls for about 7.5 hours a day. Mind you that Japanese isn't my native language. Does working in this role improve my Japanese? I'd say, yes, maybe but stillll, there are times when I'm too tired to think straight, I'll start forgetting words. Sometimes I forget how to say the words in my mother tongue (Malay), English and also Japanese. Pure blank sheet.  I'd just *loading in confusion for few seconds* Few seconds of silence in a call feels long, the customer might feel anxious; "Can this person really solve my problem???" Haish... not good 😅. Can also lead to escalation which is worse because we are actually VERY shorthanded. End up making the customer wait for escalation call some more. Then they'll be angrier 😅   Just 3 languages so confused already. Massive respect to all the polyglots ou

Tak Tahu Chord Pun Boleh Main Gitar!

Image
 Assalamualaikum, Haritu ternampak kat Tweet ni, pasal alat yang "ajaib".  Boleh tengok video asal di TikTok Alat ni tolong tekankan chord untuk kita!  Berdasarkan link dalam Tweet tu, nama alat ni Guitar Chord Practice Aid.  Mungkin dah lama wujud kot, tapi aku baru tahu, jadi teruja.  Teringat masa mula-mula belajar gitar, keras hujung jari jadi callus. Sapa yang mula-mula berjinak ataupun pernah sentuh gitar tapi sekian lama tak main boleh la kot try beli 😆  Boleh dapatkan di Shopee

Pelajar Emas

Assalamualaikum, Baru-baru ini aku terbaca satu confession di IIUM Confession, mengenai seorang pelajar yang menggelarkan dirinya pelajar yang tekun tetapi sering mencapai keputusan biasa-biasa dalam peperiksaan berkala. Tapi alhamdulillah bila tiba peperiksaan awam, dia berjaya mendapat keputusan yang membanggakan; seiring dengan top students yang lain. Apa yang membuat aku tertarik apabila baca confession ni ialah bila mana confessor mengatakan bahawa terdapat double standard dalam sistem di sekolah. Contohnya, kelas tambahan insentif drill diberikan kepada top students. Padahal kalau mengikut logik, mereka kan sudah pandai, mengapa fokus kepada mereka sahaja? Tidak termasuk lagi kelebihan-kelebihan lain yang hanya berat sebelah kepada "pelajar emas". Aku jadi terimbau kembali kenangan sewaktu bersekolah. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah lower form, alhamdulillah aku antara pelajar top di sekolah. Tidak pernah terkeluar daripada top 3. I always got away

Cry Baby

Assalamualaikum, Macam biasa lah, menangis je kerja. Serabut banyak benda nak kejar deadline. Makin lama makin rasa diri aku memang tak sesuai belajar course ni. Tolonglah Ya Allah, kasi aku(as well as my friends too) untuk grad. Tak sanggup nak bayangkan kalau kena tanggung hutang sebab tak habis, lain lah kalau keluarga kaya. Kalau aku je yang kena maybe still ok, tapi kalau family pun terkena tempias dia, peh kenot go. Maybe this whole I-wanna-study-engineering-in-Japan plan was not a good idea  at all from the beginning. Untuk orang yang kuat sesuai lah, aku mental koyak kot, tak padan. Membazir duit rakyat (Sori rakyat Malaysia) Biasalah, semua orang pun menangis kan; dalam diam atau secara terang-terangan. Lagi lama aku belajar course ni boleh gila rasanya haha so cepatlah habissss.. Biggest lesson I've learnt in my life, sebelum kita sign sesuatu kontrak tu fikir masak-masak, bukan fikir nak seronok je. (Reminiscing the day I signed the agreement contract to further st

Pagi 7 Mac 2017

Image
Assalamualaikum, Tetiba pagi ni rasa nak tulis blog. Pandangan bila tengok kiri jendela. Alhamdulillah, suka sangat dengan rumah sewa sekarang. Selalu pagi-pagi dapat rasa sinaran mentari yang syiok banget! Ni ialah anak-anak aku. Tapi ada yang aku nak jual, kalau ada berminat sila pm ^^ Maaf la guna duit rakyat untuk "membazir", tapi ni kebanyakannya secondhand, malah ada yang dapat free daripada member yang dapat daripada senior. Motif sangat, tapi nak juga merasa anak-anak aku interframe dalam blog ni. Have a nice day every one!

List Barang ke Jepun

Assalamualaikum. Kepada kohai-kohai yang tak lama lagi nak datang Jepun tu kan, mesti sekarang macam-macam soalan yang bermain di minda gittew kan? Salah satunya mesti nak bawak apa gi sana? Maka izinkanlah hamba menjawab soalan ini melalui entri blog yang tak seberapa ini. Ni pun aku ada rujuk senpai-senpai dan kengkawan, ada yang aku tokok tambah sendiri mengikut hawa nafsu . Jadi pikir-pikirkan selamat beramal huhu. Dokumen Surat tawaran IC Kad bank. CIMB etc. Aktifkan dulu international setting ke pabenda tu kat Malaysia siap-siap supaya boleh cucuk ATM Jepun. Tapi tak semua ATM la, certain je dan kena caj dalam RM10 gitu, kalu tak silap. Gambar paspot. Aku rasa takdala banyak no gunanya cuma awal-awal tu untuk isi borang, pastu time nak mohon baito ke. Tapi ada je macam booth kat tepi-tepi jalan ke kat konbini ke daigaku ke untuk ambik gambar paspot. Fotostat paspot and IC parents. Ni taktau la asal time kitorang nak buat phone, orang Docomo tu banyak lak cekadaknya

Benda Pelik

Image
Asslamualaikum, Tak adalah pelik manapun senanya, cuma nak kongsikan sepanjang hampir setahun aku kat Jepun ni, benda-benda pelik ataupun taklah pelik mana tapi merupakan pertama kali dalam seumur hidup aku yang aku dah buat kat Jepun ni. Panjat gunung 15 Ogos 2015 - Aku bukan pernah pun join hiking padia semua ni; malahan tak berapa berkenan pun buat aktiviti-aktiviti lasak tapi Alhamdulillah dengan izin-Nya aku berjaya tawan puncak Gunung Fuji yang merupakan gunung tertinggi di Jepun. Kitorang pi reramai time cuti musim panas. Berbaloi ke tak, mungkin bergantung pada orang, tapi bagi aku, cukuplah pengalaman sekali seumur hidup aku buat kerja-kerja camni haha. View kat atas tu alhamdulillah memang mesmerizing la. Cam rasa ada dikelilingi cekelat kapas gittew. Pemandangan dari atas Gunung Fuji Ni tak silap gambar masa nak turun Dia nak naik tu dah satu hal, kau nak turun tu pulak lagi satu hal punya cerita dah haha. Aku rasa nak tercabut lutut la masa turun tu. R

Sebab Kenapa Anda TAKNAK Masuk RPKJ

Image
Assalamualaikum. Pos ni aku tujukan khas untuk sesiapa sama ada diri sendiri atau adik beradik, sanak saudaranya yang ada niat nak mohon RPKJ, ataupun mendapat tawaran ke sana dan merasa ragu-ragu sama ada hendak menerimanya atau tidak. RPKJ ni singkatan kepada Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun, di mana kita akan belajar selama 2 tahun di Ambang Asuhan Jepun, AAJ sebelum terbang ke universiti di Jepun untuk menyambung degree. Jadi.... Sebagai bekas pelajar RPKJ, aku senaraikan sebab kenapa korang TAKNAK masuk RPKJ. 1.   TAKNAK dapat biasiswa JPA "Aku tak sanggup nak makan  duit rakyat!" "Aku taktau la boleh guna dengan amanahnya ke tak duit rakyat ni" #acahsat 2.   TAKNAK jauh dari keluarga Contohnya aku, asal Pahang, Balik dua tiga bulan sekali je. Dapat pulak kakak usrah dan membe (dorg ni dah macam family kat sini) yang suka bagi makanan, Habis bambam! Musnah plan diet. Lagipun lepas masuk RPKJ nanti kalau ada reze

Tips Pilih Universiti dan Course (Jepun)

Image
Assalamualaikum. Sebenarnya pikir dua tiga juta kali infinity gak nak tulis entry ni. Maklumlah aku pun sekarang baru pelajar tahun pertama dan tak banyak pengalaman lagi di Jepun ni. Tapi berdasarkan apa yang aku rasa dan perkongsian daripada guru-guru, rakan-rakan dan senior yang lain, hatiku merasa meronta-ronta dan terkinja-kinja untuk menulis entri tak seberapa ini. 1. Kawasan Iklim - Sebagai contoh, kalau kau tahu diri kau tu tak tahan sejuk (macam aku) jangan la pergi ekstrim sangat pi apply universiti kat area Hokkaido, memang seksa lah. Bandar atau kampung? - Ada antara kita yang kalau stres mesti hujung minggu nak berjalan jalan jimba jimbu bersama-sama rakan sebaya yang lain kan? Golongan sebegini mungkin elok pilih univ area bandar. Tokyo ke Nagoya ke Yokohama ke. Kat kampung (macam tempat aku sekarang, Yamanashi) kau nak berjalan-jalan transport mungkin payah sikit.  Contoh nak beli barang dapur ke. Kena pakai kereta. Nak kereta kenalah beli. (Pastikan ada les

合宿 (がっしゆく) di 愛宕山 (あたごやま)

Assalamualaikum, Semalam tamatlah pengalaman pertama pi ala-ala camp kat Jepun. Sekali dgn dak-dak satu kos, komputer sains. Paling terharu time alarm subuh bunyik member kejut, pastu kata "okite okite, oinori shite.." Maksudnya "bangun bangun, pi semayang.." Pastu dorg kan standard telanjang bulat bujur empat segi ramai-ramai time masuk ofuro, tapi dorg mandi cepat-cepat before lights off supaya lepas tu aku boleh berendam sengsorang dalam tu tanpa 'ditengok mahupun menengok'. Pastu lunch, duk masak kari babi in groups, tapi aku diasingkan dengan group fasilitator (senior + cikgu), so dorg buatkan tumis cam sup sayur untuk aku, lepas aku dah ambik bahagian aku baru dorg tambah babi and rempah2 lain. Ninomiya-senpai baik gila duk layan ja aku borak dgn nihongo yg tak berapa difahami ni. Sobs Banyak lagi la.. Toleransi diorang terhadap agama memang mengkagumkan. Tapi sepanjang yang aku tanya ni ada yg kata "Saya rasa ia merupakan perkara yg

Pecutan akhir Tahun 1 RPKJ Batch 32

Image
Assalamulaikum, Okaayyy, this week's gonna be hectic. Seriously. Isnin ada Kanji Test, Selasa ada Kimia, Rabu pulak ada Fukushuu Tesuto. Math punya test taktau hari apa. Hm, not to forget oral English, yang mana setelah dicabut undi maka dgn gilang gemilangnya aku terpilih sebagai first presenter. English gua dahlah berkararararattt sejak masuk AAJ ni T____T *dah nak salahkan AAJ pulak. pape tah lalala~* May Allah ease everyone of us. Cuak gak tak berapa lama agi je ni nak exam final tahun pertama. Cerita dia senang je kalau tak lepas exam ni say bubye ah kat AAJ. Pastu kena ulangggggg balik asasi, noooooo nauzubillahiminzalik. Semoga kami semua berjaya hendaknya, insya Allah. Mohon didoakan :D Pastu, haritu ada senpai batch 30, kak Iman, datang AAJ. Dia belajar kat Yamanashi Daigaku. Aku macam berminat je nak mohon situ, insya Allah kalau ada rezeki. Sebab dia macam tak bandar sangat tapi dekat dengan Tokyo, lebih kurang dua ke tiga jam rasanya. Aku suka tempat yang maca